MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH
Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada
suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram
air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa
a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu
mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku
kepada-Nya."
Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya
untuk seberat Jarrah itu."
Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak
terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat
Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya
kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia
setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa
maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang
memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu.
Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat
tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda
itu telah gila dan kini berada di atas gunung.
Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka
beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah
kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka
beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan
sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi
pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku
ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi,
"Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam
hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi
Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun
tentu dia tidak mengetahuinya."
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri
dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah,
tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal,
tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang
menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku
akan mencintai lima
lupa kepada yang lima
:
1. Mereka cinta kepada
dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada
harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada
makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada
dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka
cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar