KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W
MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S
Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya
Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang
tidak diberikan kepadaku:
· Taubatku
hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W
diterima di sembarang tempat oleh Allah S.W.T.
· Pada
mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat durhaka kepada Allah S.W.T,
maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat durhaka dengan telanjang,
tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.
· Ketika
aku telah berdurhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku
dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat durhaka, Allah S.W.T tidak
memisahkan isteri mereka.
· Memang
benar aku telah durhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari
syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke
dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar